Pas seru tak beri undi kepada PH, pertahan kuasa politik Melayu Islam di Johor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAS menyeru pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH).

Ia termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN) dan PH, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ketetapan itu antara lima perkara yang diputuskan dalam mesyuarat khas Pas Pusat dipengerusikan Abdul Hadi.

Pada masa sama, Abdul Hadi berkata, mesyuarat berkenaan turut memutuskan untuk terus mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di negeri Johor.

Selain itu, katanya, Pas akan menggerakkan seluruh jenteranya di kesemua 11 kerusi yang ditandingi parti tersebut.

“Menyantuni seramai mungkin pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan ‘Jom Jaga Johor’.

“Menggerakkan persiapan awal bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Awal bulan ini, Pas memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, namun kedua-dua parti itu masih kekal sebagai komponen dalam gabungan PN.

Malah, menerusi mesyuarat agihan kerusi PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu lalu, Pas, Bersatu, Pejuang dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) berjaya memuktamadkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi.

Pada PRN Johor, Rabu ini, PN akan bertanding di 33 kerusi DUN dengan Bersatu diperuntukkan 16 kerusi, diikuti Pas (11), MIPP (lima) dan Pejuang (satu).

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man seperti dilapor media mengarahkan semua ahli dan penyokongnya mengundi calon UMNO-BN pada PRN Johor di kawasan yang tidak ditandingi parti itu.

Langkah tersebut dikatakan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pemimpin Bersatu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This