Masih dahaga PHD walaupun sudah lahirkan ramai jutawan

Dari Penulis

BIARPUN terikat dengan jadual yang padat, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sentiasa mencari jalan bagi mempersiapkan dirinya untuk sentiasa ke hadapan dalam memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Mentor usahawan itu, sanggup mengorbankan masa dan tenaganya untuk mendapatkan ilmu, strategi serta kajian terkini agar memberikan kelebihan persaingan buat usahawan di bawah bimbingannya.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, beliau merupakan ‘role-model’ kepada warga syarikat dan semua anak didik bimbingannya kerana tidak pernah berhenti mencari ilmu-ilmu baharu walaupun sudah terbukti kepakarannya membimbing usahawan.

Katanya, Dr. Azizan bukan hanya pergi belajar malah mengolah dan lakukan tindakan bagi membuktikan keberhasilan perkara yang dipelajari.

“Bayangkan meskipun ketika musim sambutan Hari Raya Aidilfitri sebelum ini, beliau sanggup meninggalkan tanah air untuk menuntut ilmu.

“Dr. Azizan bukan saja cakap malah melakukan apa yang disebut kepada ramai usahawan di luar sana,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika sesi konvokesyen Asia e University (AeU) yang merupakan university swasta bertaraf global dengan Akreditasi MQA bagi ijazah doktor falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan sejak 2010 di mana tesis Dr. Azizan bertajuk Effect of Business Coaching on Growth and Performance and The Moderating Role of Competitive Advantage in Small Medium Enterprises in Malaysia di World Trade Centre Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terdahulu, beliau telah menduduki peperiksaan bagi Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan lulus pada April lalu.

Tambah Radz, selain membimbing secara dekat sekitar 300 usahawan jutawan di RichWorks, Dr. Azizan kini mempunyai tanggungjawab besar apabila dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay) sebagai Pengarah Bukan Bebas.

Dalam pada itu, Dr. Azizan memberitahu, beliau sangat bersyukur dengan pengiktirafan yang diterima.

“Matlamat saya untuk mempersiapkan diri agar dapat terus memberikan nilai dan panduan berkesan buat usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam dan luar negara.

“Pengiktirafan dan kelulusan pendidikan yang diterima bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi untuk diberikan kembali kepada orang ramai terutama usahawan dan organisasi,” tegasnya.

Dr. Azizan berkata, beliau bersama RichWorks juga sudah 15 tahun dalam membimbing usahawan dan ia merupakan semangat dirinya untuk melihat transformasi dan metamorfosis seseorang usahaw


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This