Program Potensi 2026 bantu usahawan kekal bertahan dalam tekanan ekonomi

Nurul Huda Zulkifli
Nurul Huda Zulkifli
Penulis merupakan Pengarang Wanita & Hijab di UtusanTV. Berpengalaman selama lebih 12 tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV, penulis pernah bertugas di sebuah syarikat media cetak bermula pada tahun 2007. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama berkaitan kewanitaan, korporat, personaliti, kesihatan, kecantikan, kisah masyarakat, pelancongan, fesyen dan banyak lagi. Jika ada sebarang jemputan acara, pelancaran produk atau sidang akhbar, boleh hubungi penulis menerusi email : [email protected].

Dari Penulis

DALAM keadaan ekonomi yang semakin mencabar, satu inisiatif pembangunan diri baharu diperkenalkan bagi membantu usahawan meningkatkan daya tahan serta keupayaan mengurus perniagaan.

Dikenali sebagai “Potensi 2026: Kenali & Kuasai Potensi Diri, Wang dan Bisnes”, program yang dilancarkan oleh mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama RichWorks merupakan usaha memperkasakan komuniti usahawan tempatan.

Inisiatif yang dijadualkan berlangsung pada Mei ini memberi fokus kepada pembangunan dalaman usahawan, termasuk aspek pemikiran, kewangan serta strategi perniagaan agar lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan ekonomi semasa.

Menurut penganjur, ramai usahawan ketika ini berdepan tekanan dari segi kos operasi, aliran tunai serta perubahan pasaran yang pantas.

Justeru, program ini dirangka bagi membantu peserta mengenal pasti potensi diri dan seterusnya memanfaatkannya untuk memperkukuh perniagaan masing-masing.

Bina keyakinan dan ketahanan mental

Pendekatan yang dibawa bukan sekadar teori, sebaliknya memberi penekanan kepada tindakan praktikal dan perubahan mindset supaya usahawan mampu menyesuaikan diri dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

Selain itu, program ini juga bertujuan membina keyakinan serta ketahanan mental dalam kalangan usahawan agar mereka tidak mudah berputus asa ketika berhadapan cabaran perniagaan.

“Potensi 2026” dilihat sebagai kesinambungan kepada pelbagai inisiatif pembangunan usahawan yang telah diperkenalkan sebelum ini, dengan penambahbaikan selari dengan keperluan semasa dan cabaran ekonomi global.

Melalui usaha berterusan ini, diharapkan lebih ramai usahawan tempatan mampu bangkit, kekal relevan dan terus berkembang walaupun berdepan tekanan ekonomi yang semakin kompleks.

Pengiktirafan Malaysia Book of Records

RichWorks Group Holdings Berhad (Richworks) terus mencipta pencapaian membanggakan apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR), atas kejayaannya menjadi penyedia program pementoran keusahawanan PMKS terbesar dalam negara.

Pengiktirafan itu diberikan selepas seramai 4,302 usahawan di bawah bimbingan RichWorks sejak 2021 hingga Februari 2026 yang berjaya menjana jualan terkumpul sebanyak RM15.1 bilion (2021-2025).

Ini sekali gus membuktikan keberkesanan program pembangunan keusahawanan yang dilaksanakan syarikat tersebut.

Azizan Osman berkata, pencapaian itu bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan perubahan menyeluruh yang dialami usahawan dari segi mindset, kepimpinan dan strategi bisnes.

“Kejayaan tersebut lahir daripada tindakan konsisten para usahawan yang mengikuti bimbingan serta kesungguhan mereka untuk berkembang dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.

“Inisiatif bimbingan yang dijalankan RichWorks memberi tumpuan kepada pembangunan dalaman usahawan, selain memperkukuh aspek pengurusan kewangan, pemasaran dan operasi perniagaan secara menyeluruh,” ujarnya.

Pendekatan holistik yang digunakan turut membantu usahawan meningkatkan daya tahan, terutama ketika berhadapan ketidaktentuan pasaran dan tekanan ekonomi semasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lebih 14,900 penerima di enam negara nikmati manfaat Program Ihsan Korban

Semangat pengorbanan Aidiladha terus diterjemahkan melalui misi kemanusiaan apabila Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) berjaya menyantuni lebih 14,900 penerima di...

More Articles Like This