LEBIH 1,000 pengguna jalan raya dianggarkan menerima agihan minyak bernilai RM50,000 secara percuma buat orang ramai terutama golongan memerlukan di sekitar Lembah Klang, hari ini.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Radz Mohd berkata, agihan tersebut merupakan inisiatif mentor usahawan, Datuk Dr Azizan Osman ketika ramai didapati agak tertekan dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barangan.
“Kami berharap pengagihan minyak ini di lima stesen minyak terlibat sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka.

“Usaha ini juga mendapat kerjasama selebriti seperti Nabil Ahmad, Azad Jasmin (Pak Azad) dan AG Azmeer serta pempengaruh, DD Chronicle yang juga prihatin kepada situasi dihadapi kebanyakan masyarakat masa ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Lima stesen minyak terlibat adalah di Klang, Kota Damansara, Shah Alam, Bangsar dan Ampang.
Radz menambah, sedekah Jumaat itu juga serentak dengan program Nak Ubah Hidup: Kejayaan Bisnes dan Wang 2023 yang baharu dilancarkan dan bakal dikendalikan Azizan pada 4 hingga 6 Februari nanti.
Baca artikel lain: 27 timbalan menteri angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
“Azizan turut umumkan ‘50,000’ tiket percuma dalam tempoh 72 jam bagi membantu dan menyokong masyarakat terutama usahawan mengharungi isu dan cabaran sedia ada dan mendatang.

“Selepas tamat tempoh tiket percuma itu, ia akan dijual yang mana Nak Ubah Hidup merupakan program secara fizikal bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC),” ujarnya.
Jelas Radz, meskipun dikatakan 2023 akan lebih mencabar dan berlakunya kemelesetan ekonomi dunia, masyarakat khususnya usahawan tak boleh leka dan perlu persiapkan diri.
“Sekitar tiga minggu lagi, kita akan masuk ke tahun baharu dan inilah sebenarnya masa untuk masyarakat bersedia.
“Misi kami turut nak menaikkan pendapatan rakyat dengan berniaga dan meningkatkan jualan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web nakubahhidup.com.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

