MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin akan mengadakan pertemuan dengan Mohd Fadli Mohamed Salleh yang mendakwa dirinya berdepan tindakan turun pangkat dan buang kerja.
Hal itu kerana Mohd Fadli lantang bersuara mengenai beberapa kelemahan sistem pendidikan negara.
Mohd Radzi berkata, beliau ingin mengetahui dengan lebih lanjut berhubung perkara yang dibangkitkan Mohd Fadli sehingga berdepan tindakan tatatertib.
“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Baca lagi: Radzi lawat SK Putrajaya Presint 12, rai Hari Sukan Negara bersama pelajar GENIUS
Terdahulu, Mohd Fadli menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan yang beliau berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat oleh pihak atasan.
Menurut Mohd Fadli, hal itu berikutan beliau lantang menyuarakan masalah silibus aras tinggi bagi subjek matematik, jumlah murid yang ramai dalam satu kelas dan isu beg berat murid.
Setakat pagi tadi, perkongsian Mohd Fadli itu menjadi tular di media sosial yang mana mendapat lebih 177,000 tanda suka, 72,000 perkongsian dan 23,400 komen yang memberi sokongan kepadanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

