SEBANYAK lapan jenis barangan harga terkawal berserta harga maksimum akan diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof berkata, lapan barangan tersebut termasuk daging kambing biri-biri import bertulang; tomato; cili merah dan kelapa biji.
Selain itu, beliau memaklumkan, kelapa parut, bawang merah kecil (India), bawang merah besar import dan kacang dal (Australia) turut tersenarai dalam barangan harga terkawal.
Menurut beliau, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 akan dikuatkuasakan dari 20 hingga 26 Oktober ini.
Jelasnya, ia berkuat kuasa empat hari sebelum perayaan Deepavali iaitu pada 24 Oktober, sehari semasa perayaan dan dua hari selepas perayaan.
“Tempoh pelaksanaan ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa pada masa kini, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga. Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga berpuas hati dengan tempoh masa pelaksanaan yang efektif.
Baca artikel berkaitan: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dilanjut hingga 10 Mei
“Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Azman memaklumkan semakan harga boleh dibuat melalui laman web KPDNHEP di www.kpdnhep.gov.my.
Pada masa sama, kata beliau, pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNHEP telah ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan.
“Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dan pemantauan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.
“Pengumuman harga yang ditentukan akan dibuat kepada orang ramai melalui media massa, pengedaran risalah serta pemasangan bunting dan poster di tempat-tempat strategik,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

