Lelaki Korea cedera tulang belakang terjatuh di air terjun Telaga Tujuh

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga Korea cedera selepas terjatuh di puncak Air Terjun Telaga Tujuh, Gunung Mat Chinchang, Langkawi, tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Sayani Saidon berkata, mangsa, Hyun Seung, 52, mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.59 tengah hari dan sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Jarak dari kaki Gunung Mat Chinchang ke puncak dianggarkan kira-kira 90 meter dan mengambil masa sejam.

“Bomba tiba di lokasi dan pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) memberi rawatan awal kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa berjaya dibawa turun dengan selamat pada pukul 2.54 petang dan dihantar ke Hospital Sultanah Maliha bagi menerima rawatan lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This