Lelaki berang selepas makanan habis dijual ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki tiba-tiba berang dengan menolak barang-barang jualan serta meja di sebuah kedai tomyam selepas mengetahui makanan habis dijual, ditahan polis.

Kejadian berlaku di Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, dalam kejadian pukul 1.40 pagi itu, suspek seorang lelaki India telah datang ke restoran tersebut untuk membeli makanan.

Bagaimanapun, makanan di restoran telah habis dijual dan suspek yang tidak puas hati dengan menolak barang-barang serta menterbalikkan meja sebelum terus beredar.

Beliau berkata, Anggota Unit Rondaan Bermotorsikal yang membuat rondaan telah menerima maklumat dari orang awam menyatakan suspek berada berhampiran Surau al-Akhlaqiah, Seri Sentosa.

“Suspek telah cuba melarikan diri dan bertindak agresif, tetapi berjaya ditangkap berhampiran Flat Petaling Utama dengan bantuan dua orang awam yang berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek telah dituduh dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan pada hari ini dan mengaku akan kesalahannya.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang awam untuk tidak berkongsi video mahupun sebarang maklumat yang tidak sahih tentang kebenarannya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This