KPDNHEP siasat isu ‘scalper’ kad NFC TnG

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan siasatan berhubung isu penjualan kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) Touch ‘n Go (TnG).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkta, siasatan itu dilakukan berikutan aduan rakyat bahawa kad NFC itu sukar didapati berikutan bekalan terhad di semua saluran yang diuar-uarkan.

Jelas beliau, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP telah menerima empat aduan rasmi mengenai kad NFC dari April hingga 25 September lalu.

Kad NFC TnG.

Katanya, KPDNHEP juga telah mengesan 13 iklan jualan membabitkan beberapa platform dalam talian sepanjang tempoh tersebut.

“Berdasarkan semakan dan maklumat daripada pengelola platform pasaran dalam talian, sebanyak 11 premis merangkumi kediaman peribadi serta bangunan perniagaan diperiksa berhubung kes sama.

Sebanyak enam notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan kepada pihak terbabit pada pasca pemeriksaan awal.

“Siasatan awal mendapati kes penjualan kad NFC turut membabitkan pekerja di kaunter pembayaran sebuah stesen minyak.

“Individu berkenaan didapati menjual sekeping kad NFC yang asalnya berharga RM10 (tanpa ada sebarang kredit di dalamnya) pada kadar lebih lima kali ganda, menerusi platform pasaran dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: RM392 bilion diperlukan atasi masalah banjir hingga 2100

Mengulas lanjut, Alexander Nanta berkata, sebanyak enam notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan kepada pihak terbabit pada pasca pemeriksaan awal.

Sebanyak enam notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan kepada pihak terbabit pada pasca pemeriksaan awal.

Jelas beliau, notis tersebut antara lain menuntut supaya maklum balas atau penjelasan rasmi perlu dikemukakan kepada Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP.

Katanya, kegagalan berbuat demikian, pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 21(5) AKHAP 2011 kerana enggan atau gagal mengemukakan maklum balas.

“Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP dan pengurusan kanan kementerian seterusnya akan mengadakan pertemuan dengan syarikat TnG, yang dijangka berlangsung minggu ini.

“Pertemuan berkenaan antara lain bertujuan untuk mendapatkan status kaedah semasa penjualan dan isu kekurangan bekalan kad NFC seperti dikemukakan ramai pengguna,” katanya.

Alexander Nanta berkata, mengikut makluman sebelum ini, saluran yang dihebahkan kepada orang ramai adalah pembelian kad berkenaan boleh dibuat sama ada secara datang terus ke premis stesen minyak terpilih atau menerusi transaksi dalam talian, menggunakan aplikasi TnG.

Begitupun, katanya, kesukaran mendapatkan bekalan menerusi dua saluran itu bagaimanapun menyaksikan wujud penjualan kad NFC di beberapa platform pasaran dalam talian sejak kebelakangan ini, dengan harga yang berlipat kali ganda.

Orang ramai boleh terus menyalurkan aduan dan maklumat kepada Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP berhubung isu sama untuk tindakan lanjut.

i. WhatsApp 019-2794317/019-8488000

ii. Portal Adan: e-aduan.kpdnhep.gov.my
iii.Call Centre 1-800-886-800
iv. Emel [email protected]
v. Ez ADU KPDNHEP

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This