[VIDEO] Rambut rosak teruk & hampir botak, Siti Jamumall nak saman pengusaha salon?

Dari Penulis

“Jahanam rambut saya. Sekarang dah nipis, sampai nak hilang semua. Boleh tengok dah nak botak.”

Itu luahan rasa sedih dan geram pempengaruh atau influencer yang juga ahli perniagaan Siti Jamumall apabila pendandan rambut di sebuah salon di Johor Bahru didakwa membuat kesilapan ketika dia mendapatkan perkhidmatan mewarnakan rambut, semalam.

Rentetan itu, Siti Jamumall, 23, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia sudah berbincang dengan wakil peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya baru lepas bercakap dengan peguam dan terangkan apa terjadi. Saya tak minta banyak memandangkan perkara ini sudah terjadi, rambut pun dah rosak, jadi saya nak mereka bertanggungjawab untuk perbaiki semula rambut saya. Itu saja.

“Saya dari jam 8 malam hingga 2 pagi pun tak selesai lagi. Akhirnya mereka cuba baiki sampai jam 6 pagi hari ini baru saya balik rumah. Tak tahu nak ckp macam mana. Saya cari duit dengan membuat sesi ‘live’.

“Kalau keadaan saya macam ni memang malu lah saya. Kalau ikutkan peguam, saya boleh saman malu dan minta ganti rugi berdasarkan berapa lama saya tak boleh ‘live’.

“Tapi saya tahu dia takkan mampu bayar kalau nak kira sekali saya ‘live’ berapa pendapatan yang dapat. Jadi saya harap mereka boleh bertanggungjawab. Kalau memang tak reti buat rambut pelanggan, janganlah. Rambut saya sihat dan tidak ada masalah pun sebelum ni,” katanya.

@sitijamumall

Serikkkkk dh bagi orang sebarangan colour. Charge smpai 570 dpt hancur rosak rambut

♬ original sound – sitijamumall – sitijamumall

Siti Jamumall berkongsi, dia berdepan masalah lebih besar iaitu rambut botak jika tidak dapat diselesaikan dalam masa dua minggu.

“Pendandan tu sampai lebih sejam lebih dia ‘bleach’ rambut saya. Apabila saya tanya, dia cakap itu perkara biasa. Masing-masing tak nak ambil tanggungjawab hingga saya buat ‘live’.

“Ketika itu semua kelam kabut datang nak buatkan rambut saya. Tapi, tak tahu boleh selamat lagi atau tak. Rambut ini adalah mahkota bagi setiap wanita. Sedih sangat dengan apa yang terjadi.

“Kawan saya yang kerja di salon ada cakap, selepas dua minggu rambut saya boleh botak. Kalau tengok sekarang dah macam apa. Kosong, habis nampak kulit kepala.

“Rambut saya sampai pendek dan putus banyak. Banyak kesilapan dia buat, pertama dia biarkan rambut saya dalam keadaan ‘bleach’ sampai lebih sejam lebih, dia biar begitu saja. Lepas tu pasang ‘hitter’.

“Saya pula tak tahu semua ni. Saya percaya sebab dia cakap sudah tujuh tahun pengalaman dalam bidang ini,” ujarnya.

@jamumalldotcom

Pengalaman ngeri siti buat colour rambut .. dah hampir botak ni ?? apa nak buat ni?? ???

♬ original sound – J A M U M A L L . C O M – J A M U M A L L . C O M

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahu Menang Jongkong Emas Fizikal? Ini Cara Sertai Peraduan Ulang Tahun Ke-14 JustMarkets

PLATFORM JustMarkets mengumumkan pelancaran peraduan mega Great Anniversary Contest sempena sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-14.  Kempen gergasi yang menawarkan...

More Articles Like This