Pemandu lori maut langgar treler dekat Karak

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori maut selepas melanggar sebuah treler di Kilometer 42, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, pukul 12.50 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Kahar berkata, kemalangan melibatkan seorang lelaki berusia 46 tahun yang membawa muatan barangan penghantaran.

Katanya, treler pula membawa 50 tan biji buah kelapa sawit.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Bentong ke Kuala Lumpur dan dipercayai telah menukar lorong ke kiri untuk memotong kenderaan.

“Mangsa kemudian melanggar belakang treler yang berada di lorong kiri dan mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, Zaiham meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Beliau juga menasihatkan semua pengguna jalan raya untuk sentiasa memandu kenderaan dengan berhati-hati.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This