Penganggur pecah cermin 9 buah kereta ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG penganggur ditahan polis selepas terlibat dalam sembilan kegiatan pecah cermin kereta di sekitar kawasan Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pecah cermin kereta di parkir gerai makanan dekat Pusat Bandar Puchong pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, mangsa mengalami kerugian kehilangan barang bernilai RM3,000.

“Bertindak atas maklumat, seorang lelaki Cina berusia 37 tahun dengan 28 rekod jenayah lampau ditahan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, hasil soal siasat telah berjaya menemui barangan disyaki hasil kegiatan pecah cermin bernilai RM13,000 iaitu beberapa buah telefon bimbit, pengecas, beg, mata wang asing pelbagai negara dan sebuah kereta jenis Proton Pesona.

Turut dirampas alatan yang digunakan bagi melakukan jenayah seperti pemutar skru, pembaris elektornik dan lampu suluh.

“Modus operandi yang dijalankan ialah mensasarkan kereta yang di parkir di kawasan gelap dan suspek bergerak secara sendiri bagi melakukan jenayah,” ujarnya.

Anbalagan berkata, suspek bertindak memecahkan cermin sisi belakang sebelum mengambil semua barang berharga dan akan menjual hasil curi di pasaran secara atas talian.

Katanya, suspek telah aktif melakukan jenayah sejak Ogos dan dengan tangkapan ini, polis berjaya menyelesaikan sembilan kes pecah cermin kereta.

Sehubungan itu, kes kini disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This