TOKOH Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis agar menangani kes Farrah Naz Karim dengan berhemah, berhati-hati dan penuh pemahaman.
Menurut Johan, Farrah Naz hanya menggunakan haknya sebagai editor kumpulan New Straits Times dalam membenarkan beberapa siri pendedahan operasi Mossad di Malaysia.
Katanya, hak wartawan adalah untuk bertindak sebagai mata dan telinga orang ramai tidak boleh terjejas.
“Dia dan rakan-rakannya mesti dibenarkan beroperasi tanpa rasa takut dan pilih kasih terutamanya apabila ia melibatkan perkara kepentingan dan keselamatan negara.
“Lagipun akhbar bebas adalah penting untuk memastikan demokrasi berfungsi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Ketua Pengarang Kumpulan NST, Farrah Naz telah dipanggil untuk merakamkan kenyataan berhubung laporan eksklusif berhubung penculikan Mossad.
Mengulas lanjut, Johan berkata, laporan berhubung keberadaan ejen Mossad dalam negara sememangnya mengejutkan ramai pihak.
“Kita adalah negara yang berdaulat dan tidak ada negara, apatah lagi Israel, mempunyai hak untuk beroperasi dalam keadaan sedemikian.
“Ia juga mendedahkan bahawa Mossad menggunakan penduduk tempatan untuk menculik rakyat Palestin.
“Menteri Dalam Negeri dan Polis mesti memastikan orang ramai bahawa operasi rahsia itu sama sekali tidak boleh diterima dan mesti dikutuk,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

