Ismail Sabri Perdana Menteri selepas PRU-15 beri keyakinan kepada pelabur

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PADA 29 September lalu, Bursa Malaysia ditutup rendah dengan indeks petunjuk pasaran jatuh di bawah 1,300 mata.

Manakan tidak, situasi ketika itu adalah dalam keadaan kebimbangan semakin meningkat mengenai kemelesetan ekonomi global selain faktor ketidakstabilan politik dalam negara.

Kestabilan politik dalam negara merupakan satu daripada faktor penting untuk menarik pelabur ‘menyemai’ ekonomi negara.

Antara tumpuan yang sering kali diberikan tumpuan para pelabur sudah semestinya kekuatan kerajaan serta penerajunya, yakni Perdana Menteri.

Baca lagi: Musa Hitam: Ismail Sabri, Muhyiddin, Anwar mampu terajui negara

Justeru, selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi penegasan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), ia secara tidak langsung memberi kesan positif kepada keyakinan para pelabur.

Buktinya, jumlah dagangan di Bursa Malaysia meningkat dan indeks petunjuk pasaran melepasi paras 1,400 mata sejak empat hari lalu.

Momentum tersebut dijangka terus meningkat dengan didorong oleh pelbagai faktor.

Salah satu faktor utama ialah peningkatan prestasi Bursa Malaysia ialah keyakinan pelabur terhadap Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri yang membawa kestabilan kepada negara ini.

Mereka turut yakin dengan pengalaman yang dimiliki oleh pimpinan Barisan Nasional (BN) mampu membawa kestabilan dan kemakmuran kepada Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This