Tukang gunting rambut didakwa bunuh teman wanita

Dari Penulis

Seorang tukang gunting rambut didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya minggu lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada M. Krishnaa Kumar, 24, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian M. Shankavi, 23, dalam kawasan semak berhampiran Jalan Besar Tambun di sini antara pukul 3.11 pagi 8 Okt hingga 5.25 pagi 12 Okt lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatimah Hannah Abd Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 16 Dis sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini media melaporkan mayat wanita ditemukan dalam kawasan semak selepas pihak polis menerima maklumat pada 5.25 pagi mengenai sebuah kereta yang terbabas di tepi longkang.

Semasa anggota polis tiba untuk menjalankan siasatan mengenai kemalangan itu, mereka menjumpai satu mayat reput dalam kawasan semak dengan jarak lebih kurang dua meter dari lokasi kereta yang dipandu seorang lelaki itu terbabas.

Hasil bedah siasat ke atas mayat wanita itu mendapati kematiannya berpunca akibat dicekik.

  — BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar ke Bukit Gambir esok umum calon PH PRN Johor

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Bukit Gambir, Tangkak, esok sempena majlis pengumuman calon PH...

More Articles Like This