Randau MPM: Sudah-sudahlah menadah tangan mengemis ihsan

Dari Penulis

APA yang mencuit keinginan kami menganjurkan Randau ke-15 ini ialah apabila Dr. Rais Saniman rasa terhina dan marah bila membaca rencana tulisan James Chin yang disiarkan oleh The Political Quarterly.

Dapatan dari randau ini akan kami di sekretariat duduk bersama moderator untuk menghasilkan ketetapan randau dan seterusnya menjilidkan semua dokumen berkaitan untuk dimuatkan ke dalam prosiding randau.

Sebagai penutup kepada randau ini izinkan saya cuit beberapa isu utama sebagai take away untuk kita semua dari randau ini.

Pertama: siapa diskriminasi siapa?

Jawapannya:
ï‚· Melayu didiskriminasi oleh semua, termasuk oleh bangsanya sendiri.
ï‚· Memang ada dalam kalangan kera yang disusu dan dagang yang ditanakkan nasi, menjadi api dalam sekam.
ï‚· Bangsaku dilihat takut sangat bermain api, habis terbakar sekam.

Kedua: apa setiap pemegang taruh bangsa buat berdepan dengan semua bentuk diskriminasi itu?

Jawapannya:
ï‚· Pemimpin semasa tak peduli untuk mempertahankan segala bentuk diskriminasi termasuk cemuhan terhadap DEB. Pemimpin semasa sibuk bertikaman sesama sendiri, mengabaikan nasib bangsanya yang terus menerus dihina dan didiskriminasi.
ï‚· Pelbagai kementerian dan agensi terutama EPU dan MARA tidak mengambil peduli terutamanya cemuhan terhadap DEB, walhal dasar inilah yang dilaksanakan dengan sepenuh hati, sebelum ini bagi mengurangkan sebarang bentuk diskriminasi terhadap bangsanya sendiri. Kini mereka membisu.
ï‚· James Chin adaalah seorang sarjana bertugas di sebuah universiti di luar negara. Rencananya berunsur fitnah. Mengapa tiada seorang pun sarjana tempatan yang begitu ramai tampil menyanggah fitnah beliau itu walhal begitu banyak fakta sedia terkumpul yang boleh digunakan bagi tujuan itu. Maknanya para sarjana kita pun tak peduli bangsanya dicemuh sedemikian.

Sebahagian daripada panel yang hadir pada majlis Randau Ke-15 yang bertemakan ‘Api Dalam Sekam’ anjuran MPM di Wisma MPM Kuala Lumpur, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: MPM sanggah rencana James Chin, orang Cina didiskriminasi di Malaysia

Ketiga: Sampai bila nak susukan kera di hutan dan tanakkan dagang yang lalu itu?

Jawapannya:
ï‚· Bangsaku wajib celik kandungan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak dan kepentingannya. Wajib berani bertindak menuntut perlaksanaan hak itu termasuk Wasiat Raja-Raja Melayu
ï‚· Bangsaku wajib celik peruntukan dalam UN Charter mengenai hak asasi manusia yang melindungi hak pribumi. Wajib berani bersuara dan tidak sekadar terhenti menolak ICERD saja.
ï‚· Bangsaku wajib berani bermain api, jika sekadar terbakar jari.Maksud saya ialah bangsaku wajib berani bermain di gelanggang global, apatah lagi dengan pasaran domestik kini sudah menjadi
sebahagian dari pasaran global. Bangsa Melayu wajib bina dan kukuhkan budaya swatadbir urus diri dan pertingkatkan daya saing, hatta, diskriminasi itu adalah impetus untuk menjadikan bangsaku ini lebih perkasa.

Kita tiada masa untuk mengeluh, jauh sekali bergantung harap kepada pihak lain untuk menjadi bangsa yang makmur, terbilang, bermaruah serta dihormati.

Baca dan hadam kandungan beberapa buku bagaimana suku kaum si dagang menyediakan keturunan mereka untuk pandai bermain api.

Misalnya buku tulisan Dr Willian Tai Yuen (Chinese Capitalism in Colonial Malaya, 1900-1941), dan Rachel Chan Suet Kay (The Convergence of Chinese & Western Values as Global Habitus).
Sudah-sudahlah menyusukan kera di hutan dan menanakkan hidangan untuk si dagang yang lalu.

Sudah-sudahlah menuding jari atau ke arah orang lain, atau menadah tangan mengemis ihsan pihak lain. Nenek moyang kita dulu tidak pernah ajar kita jadi sedemikian.

Penulis adalah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM)

(Tulisan ini dipetik daripada ucapan penutup penulis dalam Randau MPM ke-15: Api Dalam Sekam)

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This