Pengawal keselamatan dera anak angkat ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG pengawal keselamatan ditahan selepas disyaki mendera anak angkatnya di sebuah apartmen di Ampang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima aduan daripada adik ipar suspek berusia 19 tahun yang melihat kejadian terbabit.

Beliau berkata, pengadu dan kakaknya telah bertengkar selepas menegur perbuatan mereka memarahi mangsa.

Malah, pengadu juga pernah melihat mangsa berusia empat tahun dipukul oleh suspek.

“Mangsa seorang lelaki tempatan telah dijaga suspek dan isterinya sejak berusia lima bulan selepas diserah oleh seorang individu yang tidak dikenali secara suka rela.

“Mangsa mengalami kecederaan di badan, kaki serta luka di kemaluan dipercayai didera,” katanya dan menambah mangsa kini menerima rawatan di Hospital Ampang.

Jelasnya, suspek seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Daeah Ampang Jaya pada pukul 5 petang semalam.

Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan ujian air kencing negatif dadah.

Sehubungan itu, suspek kini direman selama lima hari sehingga Selasa dan kes kini disiasat dibawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana telah menganiayai kanak-kanak sehingga mengalami kecederaan fizikal.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This