IBU dan bapa kepada bayi lelaki berusia dua bulan disyaki didera di Sungai Petai, Alor Gajah semalam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Perintah reman sehingga 13 Mei terhadap pasangan suami isteri berusia 22 tahun itu dikeluarkan Hakim Haderiah Siri di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pasangan yang juga penganggur itu ditahan sepasukan anggota polis pada 6.30 petang semalam di hadapan Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak Hospital Melaka.
Penahanan itu dibuat selepas pakar perubatan hospital yang memeriksa bayi berkenaan membuat laporan apabila mengesan kecederaan baharu dan lama dalam kepala mangsa.
Baca artikel lain: Dua pegawai imigresen cedera ketika tahan warga asing cuba larikan diri
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata bayi dua bulan berkenaan ditinggalkan ibunya di Hospital Melaka sebelum pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan cedera dipercayai akibat didera.
Bayi itu dibawa ke Hospital Alor Gajah selepas ibu mangsa mendakwa anaknya mengalami serangan sawan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

