SERAMAI 111 penumpang feri yang tersangkut di beting lumpur dekat Jeti Kuala Kedah telah berjaya dipindahkan dengan menggunakan dua buah bot kecil milik nelayan tempatan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kerja-kerja pemindahan sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta agensi yang lain.
Beliau berkata, keadaan air kini sedang naik dan dijangka pasang sepenuhnya pada pukul 11.30 malam ini.
Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian feri terkandas di Muara Kuala Kedah akibat air surut pada jam 4.15 petang tadi.
Baca artikel : Feri bawa 547 penumpang tersangkut di beting lumpur
Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, terdapat beberapa penumpang mengalami sesak nafas dan bantuan awal ke atas penumpang tersebut berjaya dilakukan oleh aset bot Zon Maritim Kuala Kedah pada pukul 5.37 petang.
“Aset terlibat ialah Bot Perkasa 1224 Maritim Malaysia serta dibantu beberapa bot nelayan tempatan berikutan hanya bot kecil sahaja boleh merapat di feri tersebut dalam usaha untuk membawa penumpang,” tulis kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, proses membawa keluar kesemua penumpang feri masih giat dilakukan.
UtusanTV sebelum ini melaporkan, serama 547 penumpang dan kru telah terkandas di dalam feri yang dipercayai dari Kuala Kedah ke Langkawi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

