PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ia susulan pemergian ibu Dr Wan Azizah, Datin Mariah Khamis yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.
Dalam ciapan di Twitter, Perdana Menteri turut mendoakan Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Bagi pihak Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada Dr Wan Azizah dan keluarga atas pemergian bonda tercinta, Datin Mariah Khamis.
“Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya dalam ciapan tersebut.
Baca artikel berkaitan: Ibu Dr Wan Azizah meninggal dunia, Anwar batal jelajah Sarawak
Terdahulu, Allahyarhamah Mariah, 88, dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi oleh menantunya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook.
Menurut Anwar, solat jenazah ibu mentunya itu dijadualkan pada 11.30 pagi ini di Masjid Al-Mustaqim, Ampang.
Sehubungan itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang dijadualkan mempunyai program di Sarawak hari ini terpaksa membatalkan program tersebut.
Berita sedih tersebut turut dikongsikan cucunya, Nurul Izzah menerusi Facebook.
Allahyarhamah yang berusia 88 tahun meninggalkan empat anak perempuan termasuk Dr Wan Azizah dan seorang lelaki.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

