SUSPEK kes bunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang maut selepas ditikam ketika pulang mengaji al-Quran di Cimahi, Jawa Barat ditahan polis petang semalam.
Memetik laporan Kompas.com, suspek Rizaldi Nugraha Gumilar, berusia 22 tahun ditahan di sebuah rumah di wilayah Sukasari, Bandung.
Ketua Polis Cimahi, Asisten Komisioner Imron Ermawan mendedahkan suspek merupakan penduduk Gang Salayu VI, Kota Bandung.
UtusanTV sebelum ini melaporkan, mangsa maut selepas ditikam suspek ketika pulang mengaji al-Quran dan sempat berjalan pulang ke rumahnya sebelum ditemui penduduk setempat sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Namun, mangsa disahkan maut.
Baca artikel berkaitan: Sempat panggil mama 3 kali, budak perempuan maut ditikam ketika balik mengaji al-Quran
Kejadian itu tular selepas dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam aksi suspek, sebelum bertindak melarikan diri apabila mangsa menjerit minta tolong.
Mangsa juga dikatakan sempat memanggil nama ibunya sebanyak tiga kali, tetapi jeritan tersebut disangka kanak-kanak sedang bermain.
Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Jawa Barat, Ibrahim Tompo mengatakan, motif suspek menikam mangsa kerana ingin menyamun.
Suspek meminta mangsa menyerahkan telefon bimbit, tetapi mangsa tidak memiliki peranti tersebut sebelum bertindak menikam kanak-kanak malang tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

