LELAKI yang didakwa menikam nenek sehingga mati di Kampung Baru Bakai dekat Kuala Ketil, semalam dikatakan sering berhalusinasi.
Adik kepada suspek mengesahkan perkara tersebut sambil menambah, gangguan halusinasi itu dikatakan dialami sejak usia 18 tahun.
“Abang alami gangguan dan berhalusinasi, malah kadang-kadang cakap seorang diri.. keadaan itu berlaku sejak usianya 18 tahun tetapi dia tak kacau orang.
“Lepas dia tikam tok (nenek) dan tetak moyang, dia suruh buat laporan polis sambil beritahu suruh datang tengok tok pengsan ka apa ka,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menikam neneknya berusia 65 tahun sehingga maut serta menetak moyangnya berusia 80 tahun hingga parah, semalam.
Baca artikel lain: Nenek mati ditikam, moyang parah ditetak cucu
Suspek, 21, itu ditahan polis untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh) dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.
Mengulas lanjut, adik suspek berkata ketika kejadian, hanya nenek, moyang dan ibu saudaranya yang juga anak istimewa berada di rumah itu bersama suspek, manakala bapa saudaranya yang tinggal bersama di rumah itu tiada di rumah.
“Saya terkejut menerima panggilan daripada ibu saudara jam 6.44 petang semalam. Ketika itu saya teman emak balik ke Penaga, Pulau Pinang kerana kami menetap di sana.
“Saya dan abang (suspek) selalu datang bermalam di rumah nenek dan abang pula dah lama tak balik sini… dia tiba-tiba ajak mak balik sini walaupun mak kata tak ada duit, dia ajak balik sini juga hinggalah kejadian itu berlaku,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

