Suspek tikam ibu kandung direman seminggu

Dari Penulis

WANITA yang didakwa menikam leher ibunya di Kampung Segineh Inas, Johol semalam, direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhammad Mustafah Hussin berkata, perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah susulan suspek mengalami masalah kesihatan.

Beliau seperti dipetik Bernama sebagai berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Baca artikel lain: Wanita tikam ibu kandung di leher guna alat pembuka tin ditahan

Terdahulu, Muhammad Mustafah mengesahkan seorang wanita dalam lingkungan 80-an cedera dipercayai ditikam dengan alat pembuka tin oleh anak kandungnya yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung pergaduhan di sebuah rumah di kampung itu pada 7.08 malam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This