Wanita maut dalam kemalangan enam buah kenderaan dekat Pagoh

Dari Penulis

SEORANG wanita maut selepas terlibat dalam kejadian kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Kilometer 129.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Pagoh, Muar, 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa Ang Zi Yan, 28, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di muka dan pendarahan di kepala.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku semasa Proton Saga yang dipandu suami mangsa dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi ke Kuala Lumpur.

“Sampai di lokasi kejadian, mangsa telah dilanggar oleh sebuah treler bermuatan bahan cecair kimia.

“Ekoran kemalangan itu, berlaku perlanggaran berturutan antara kenderaan di belakang iaitu kereta Toyota Yaris, sebuah lori tidak bermuatan, kereta Nissan Almera dan sebuah lori bermuatan tembikai,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel : Pemandu Alza maut tercampak dilanggar Waja

Jelasnya, pemandu treler berusia 45 tahun itu mengalami kecederaan parah di kepala, patah kaki kiri dan sedang menerima rawatan di Zon Merah manakala mayat wanita terbabit di bawa ke Unit Forensik Hospital Muar bagi tujuan bedah siasat.

Katanya, pemandu Proton Saga, pemandu dan penumpang Toyota Yaris turut mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan.

Raiz Mukhliz berkata, kesemua kenderaan yang terlibat mengalami kerosakan akibat kemalangan.

Sehubungan itu, kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Rosnizam Rosli di talian 013- 2224067.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This