RUNDINGAN agihan kerusi melibatkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan Pakatan Harapan (PH) akan dimuktamadkan Sabtu ini.
Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, rundingan itu akan dimuktamadkan selepas Jawatankuasa PH mengadakan perbincangan dengan dua parti itu Ahad lepas.
Jelas beliau, antara fokus utama rundingan itu adalah untuk mengelakkan pertembungan antara parti komponen PH dengan MUDA serta PSM dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
“Rundingan agihan kerusi untuk MUDA dan PSM akan dimuktamadkan Sabtu ini oleh pimpinan tertinggi selepas Jawatankuasa PH mengadakan perbincangan dengan dua parti itu Ahad lepas.
“Jika kerusi yang dituntut MUDA dan PSM bertembung dengan mana-mana kerusi empat komponen PH, perbincangan akan dibuat membabitkan antara dua parti itu dan parti komponen yang terlibat sahaja.
“Kita (parti komponen PH) akan cuba elak bertembung sesama kita (MUDA dan PSM) pada PRU-15 nanti,” katanya memetik laporan Bernama.
Baca lagi: Masih ramai pengundi muda tidak tahu nama mereka dalam daftar pemilih – PM
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, pengagihan kerusi Parlimen dalam kalangan parti komponen PH di seluruh negara telah selesai.
Katanya, rundingan itu berkaitan agihan kerusi dalam kalangan empat parti komponen utama PH iaitu PKR, DAP, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
Sementara itu, beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu membayangkan akan mempertahankan kawasan tersebut pada PRU-15 pada 19 Nov ini.
“Namun saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan di mana saya bertanding,” katanya.
Pada PRU-14, Saifuddin berjaya memenangi kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan majoriti 4,860 undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

