Seorang lelaki warga emas maut dihempap jentolak ketika melakukan kerja-kerja mengangkut tanah di Kampung Tuan, dekat Tenom, Kota Kinabalu, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi, mangsa berusia lingkungan 60-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 10.12 pagi.
Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tenom bergegas ke lokasi kejadian terletak lapan kilometer dari balai selepas menerima panggilan kecemasan.
Baca artikel berkaitan : Kanak-kanak 11 tahun maut dihempap palang gol di Manggatal, Sabah
Operasi ditamatkan pada 11.49 pagi.
— BERNAMA
Friday , 28 October 2022
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

