Dua beranak maut ketika perjalanan ke sekolah selepas motosikal dinaiki terbabas sebelum mereka terjatuh di atas jalan dan dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Padang Menora di Tasek Gelugor hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, Izham Hanif Ibrahim, 46, dan anak lelakinya Adeeb Darwish, 15, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Radzi Ahmad berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki dua beranak berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum kedua-duanya terjatuh ke atas jalan.
“Dalam masa yang sama datang sebuah MPV arah bertentangan iaitu dari arah Penanti menghala Kepala Batas yang tidak sempat mengelak lalu terlanggar dua beranak tersebut.
Baca artikel berkaitan : Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan
“Pelanggaran itu telah menyebabkan anak-beranak tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan, mayat mereka dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Friday , 28 October 2022
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

