PRU-15: Rafizi kembali ke Pandan, Amiruddin bertempur di Gombak

Dari Penulis

PKR malam tadi mengumumkan Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli kembali bertanding di Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Turut diumum penyandang Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak manakala Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail di Parlimen Ampang.

Menteri Besar Selangor yang juga Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amiruddin Saari pula akan bertanding di Parlimen Gombak.

Sebelum ini, Mohd Rafizi yang bertanding di Parlimen Pandan pada PRU13 menewaskan Lim Chin Yee (BN-MCA) dan Tan Yew Leng (BEBAS) dengan majoriti 26,729 undi.

Beliau tidak bertanding pada PRU14 kerana hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Februari 2018 menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadapnya kerana mendedahkan butiran empat akaun bank membabitkan Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Parlimen itu kemudian dimenangi oleh Wan Azizah pada PRU14 dengan majoriti 52,543 undi.

Kesemua calon itu diumumkan dalam satu majlis di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Taman Kosas malam tadi.

Baca artikel berkaitan: Calon PKR di Perak hanya biasa-biasa, kata Faizal Azumu

Turut hadir Presiden PKR yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon yang bakal bertanding.

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Naib Presiden PKR Datuk Seri Aminudin Harun pula diumum bertanding di Parlimen Port Dickson manakala Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Parlimen Pasir Salak.

Penyandang Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin akan bertanding di Bagan Datuk dan calon bagi kerusinya digantikan oleh Ketua Angkatan Keadilan (AMK) Adam Adli.

Bekas Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa pula diumum bertanding di Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Penyandang yang masih diberi kepercayaan mempertahan kerusi masing-masing ialah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kulim Bandar Baharu), Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh) Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Johor Bahru).

Turut mempertahan kerusi masing-masing ialah Syed Noh Syed Ibrahim (Ledang), Nik Nazmi Nik Ahmad (Sstiawangsa), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kapar) dan P. Prabakaran (Batu) dan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (Lembah Pantai).

Beberapa muka baharu turut diumum termasuk Datuk Dr Hasan Basri Awang Mat Dahan (Jerantut), Abbas Awang (Bera) dan Fathin Amalina Fazli (Arau).

Terdahulu, Anwar mengumumkan akan bertanding di Parlimen Tambun berdepan penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Bersatu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This