PM ucap tahniah pelajar SMKA Kuala Selangor gondol pingat emas

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Selangor yang berjaya meraih pingat emas pada Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (IENA) 2022 di Nuremberg, Jerman semalam.

Menerusi catatan dalam laman Facebooknya, Perdana Menteri berharap kejayaan pasukan sekolah itu akan menjadi penyuntik semangat kepada pelajar lain untuk turut terlibat dalam inovasi dan reka cipta sehingga menggapai kejayaan.

“Tahniah kepada ahli-ahli pasukan terdiri daripada Athirah Ahmad Hisshamuddin, Raja Dhia Nazneen Insyirah Raja Mohd Aman Shah, Nur Damia Bisyara Muhammad Imran dan Sarah Ardinie Khairul Faizi.

“Saya difahamkan pasukan ini telah menewaskan 490 pasukan dari 250 sekolah di seluruh dunia dalam IENA 2022 ini. Syabas saya ucapkan,” katanya.

Empat pelajar berkenaan yang diiringi dua guru iaitu Mohd Ridzuan Mohammad dan Mohd Zulhelmi Mansor, turut meraih Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan Untuk Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg dalam pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 Okt lepas. 

IENA ialah pameran inovasi tertua di dunia yang dipertandingkan sejak lebih 70 tahun lepas bersempena pameran perdagangan yang mengetengahkan pelbagai ciptaan dan inovasi baharu terbesar di dunia. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This