BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak bersetuju dengan kenyataan kerajaan bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan membebankan 85 peratus rakyat di negara ini.
Katanya, kerajaan berpendirian kenaikan hanya untuk golongan maha kaya serta industri namun hakikatnya ia secara tidak langsung bakal membebankan rakyat menerusi kenaikan harga barangan di pasaran.
“Saya melihat bahawa kenyataan yang dibuat mengenai 85 peratus tidak terkesan sebenarnya adalah tidak betul, tidak benar.
“Elektrik naik secara langsung nampak seperti tiada kesan apa-apa kepada pengguna tetapi kesan tidak langsung memang jelas bahawa kos barangan akan meningkat.
“Sekarang pun rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, harga barang semakin mahal dan dengan kenaikan tarif ini harga barang akan bertambah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
Baca artikel lain: Kementerian Komunikasi dapat kerjasama baik penyedia perkhidmatan media sosial – Fahmi
Ismail Sabri menambah, sejak tahun 2015 sehingga 2022 kadar kenaikan tarif asas adalah kecil iaitu sekitar 3.7 peratus atau 38.53 sen perkilo watt kepada 39.95 perkilo watt.
“Namun tarif asas pada tahun ini sehingga 2027 dinaikkan secara mendadak, kenaikan sebanyak 14.18 peratus daripada 39.95 sen perkilo watt kepada 45.62 sen perkilo watt.
“Bagaimana pengusaha dapat bertahan kerana mereka terpaksa menurunkan harga produk eksport untuk kekal bersaing dalam perang ekonomi dengan kenaikan tarif ini mereka terpaksa menanggung beban yang lebih.
“Apakah perancangan kerajaan untuk mendepani kos sara hidup yang akan terus meningkat,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

