Warga Thailand antara korban tragedi rempuhan di Seoul

Dari Penulis

 Seorang warga Thailand adalah antara 153 yang terkorban dalam tragedi rempuhan di Itaewon, Seoul pada Sabtu ketika pengunjung membanjiri daerah itu untuk meraikan Halloween. 

Jurucakap Kementerian Luar Tanee Sangrat berkata wanita berusia 27 tahun itu berlepas ke Korea Selatan dua bulan lalu untuk mempelajari bahasa Korea.

“Kedutaan Thailand di Seoul telah memaklumkan kepada ahli keluarganya. Pihak kedutaan akan membantu menghantar pulang jasadnya,” menurut kenyataan kementerian.

Baca artikel : Tragedi Itaewon : Pengendali media sosial gesa pengguna tidak sebar rakaman, maklumat salah

Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha turut berdukacita dengan tragedi itu dan mengarahkan pihak berkuasa berkaitan untuk membantu rakyat Thailand yang terjejas.

Media melaporkan sekurang-kurangnya 153 orang termasuk 22 warga asing maut manakala kira-kira 82 lagi cedera dalam tragedi itu. 

— BERNAMA

Sunday , 30 October 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This