Aktor Lee Ji Han antara mangsa korban Halloween di Itaewon

Dari Penulis

PELAKON dan bekas peserta program realiti Produce 101 musim kedua, Lee Ji Han meninggal dunia dalam insiden sambutan Halloween di Itaewon, Korea pada Sabtu llau.

Khabar duka itu turut disahkan oleh agensi pelakon berusia 24 tahun terbabit iaitu 935 Entertainment.

“Memang benar Ji Han meninggal dunia ketika tragedi di Itaewon pada 29 Oktober. Kami berharap ia tidak benar, namun apabila mendengar berita itu, kami sangat terkejut.

“Kami sangat berhati-hati mengenai tragedi ini memandangkan ahli keluarganya masih berada dalam kesedihan.

“Kita doakan semoga mendiang berehat dengan tenang,” kata kenyataan itu seperti dilaporkan portal Soompi.

Dalam pada itu, kematian Ji Han turut ditangisi rakan selebriti antaranya Park Hee Seok, Kim Do Hyun dan Jo Jin Hyung.

Upacara pengebumian Ji Han akan dilakukan di Hospital Myeongji pada hari ini.

Manakala majlis pengebumian pula akan diadakan pada hari esok (Selasa).

Terdahulu, seramai 180 orang maut dan lebih 116 orang cedera akibat sesak nafas dan serangan jantung ketika menyertai sambutan Halloween.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This