Malaysia ucap takziah insiden rempuhan pesta Halloween

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, ucapan takziah kepada rakyat Korea Selatan susulan tragedi rempuhan pada pesta Halloween di Itaewon, Seoul, kelmarin.

Beliau mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia turut bersimpati dengan insiden yang berlaku.

“Mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menzahirkan ucapan takziah kepada rakyat Korea Selatan di atas tragedi yang berlaku di Itaewon, Seoul pada 29 Oktober lalu.

“Simpati dan doa kami bersama mangsa serta keluarga mereka,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter, hari ini.

Baca artikel lain: Aktor Lee Ji Han antara mangsa korban Halloween di Itaewon

Sekurang-kurangnya 149 orang terbunuh dalam insiden rempuhan membabitkan pengunjung yang menghadiri pesta Halloween.

Insiden berlaku pada malam Sabtu di kawasan berhampiran Hotel Hamilton di pusat hiburan malam yang terkenal.

Puluhan ribu pengunjung melawat kawasan berkenaan sempena pesta Halloween.

Menurut bomba, setakat awal pagi semalam, mereka yang terkorban termasuk dua warga asing, manakala 76 yang lain cedera, 57 daripadanya parah dan jumlah korban dijangka meningkat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Billboard kempen PH Bukit Permai dikoyak, calon buat laporan polis

CALON Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Mohamad Shafwan Ani, membuat laporan polis selepas mendakwa...

More Articles Like This