MIC adakan mesyuarat tergempar esok berkaitan PRU-15, tiada wakil hadir di majlis pengumuman calon BN

Dari Penulis

MIC akan mengadakan mesyuarat tergempar esok yang dipercayai berkaitan dengan pendirian parti itu, dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ia disahkan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran ketika dihubungi Bernama hari ini bahawa, mesyuarat itu akan diadakan di ibu pejabat MIC di sini, pada 10 pagi.

“Ya kita akan ada buat mesyuarat esok pagi, 10 pagi,” katanya tanpa mahu mengulas butiran perbincangan mesyuarat itu.

Berdasarkan pemerhatian Bernama pada Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam ini, tiada wakil MIC yang hadir.

BN terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

BERITA BERKAITAN MIC selesai muktamad senarai calon PRU-15

Sumber MIC berkata mesyuarat tersebut akan membincangkan keputusan parti itu mengenai PRU15.

“Apa pun, pendirian MIC mengenai PRU15 akan diputuskan esok,” menurut sumber itu.

MIC dilaporkan bercadang untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen pada PRU15.

Pada PRU14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah di Perak; Sungai Buloh, Hulu Selangor, Kapar dan Kota Raja (Selangor); Port Dickson (Negeri Sembilan); Segamat (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang).

Bagi PRU15, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini (5 Nov) sebagai hari penamaan calon, pengundian awal (15 Nov) dan hari pengundian pada 19 Nov.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Rain Rave Water Music Festival jana lebih RM392 juta, tarik 415,000 pengunjung

PENGANJURAN Rain Rave Water Music Festival di tujuh lokasi seluruh negara termasuk acara utama di Bukit Bintang di bawah...

More Articles Like This