Lima menteri digugurkan sebagai calon BN bagi PRU-15

Dari Penulis

KUALA LUMPUR: BEBERAPA nama besar dari UMNO tidak dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), termasuk lima menteri yang menganggotai kabinet sebelum Parlimen dibubarkan baru-baru ini.

Antara mereka adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau); Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh); Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara) dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).

Nama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang) tidak disebut oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi dalam majlis pengumuman calon BN malam ini tetapi menurut sumber, calon kawasan itu adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Yusof.

Sementara itu, empat timbalan menteri juga digugurkan iaitu Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar) dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib yang tidak dicalonkan semula di kerusi Parlimen Maran.

Turut digugurkan, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah di Parlimen Jasin.

Beliau sebelum ini mengumumkan untuk tidak bertanding dalam PRU ke-15 (PRU15) kali ini.

Juga tidak dinamakan semula, ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar).

Tempat Zahidi digantikan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan, manakala kerusi Parlimen Maran diwakili EXCO Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman dipertaruhkan di kerusi Parlimen itu manakala Jasin pula diwakili, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Roslan Ahmad.

Sementara itu, bagi Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan digantikan oleh Khairul Azuan Harun.

– UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This