Keputusan terima MIC jadi komponen PN tak relevan, terbatal

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEPUTUSAN bagi menerima MIC sebagai salah sebuah parti komponen Perikatan Nasional (PN) disifatkan tidak lagi relevan sekali gus terbatal.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Sabtu lalu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PN mendapati sehingga kini MIC belum memberikan kata putus berhubung kemasukkan sebagai parti anggota PN.

“Keputusan itu dibuat pada 9 Disember 2025 walaupun telah beberapa kali diminta berbuat demikian.

“Ekoran ketiadaan pengesahan itu, selain kenyataan rasmi MIC bahawa ia tidak pernah membuat permohonan rasmi menyertai PN, maka dengan ini ditetapkan bahawa keputusan penerimaan MIC sebagai parti anggota PN yang dibuat sebelum ini malangnya tidak lagi relevan dan terbatal,” katanya dalam kenyataan.

Pada 17 Mac lalu, Takiyuddin dilapor berkata PN menawarkan peranan dan kedudukan yang lebih baik kepada MIC sekiranya parti itu menyertai gabungan berkenaan sebagai parti anggota.

Bagaimanapun, April lalu, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran menjelaskan permohonan parti itu untuk menyertai PN sebelum ini dibuat ketika gabungan itu ditunjangi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, perubahan kepimpinan yang menyaksikan PN kini diterajui Pas memerlukan parti membincangkan semula di peringkat akar umbi berhubung usul penyertaan ke dalam gabungan berkenaan.

Beliau berkata, perbincangan semula itu bukan disebabkan Pas dilihat sebagai parti ekstremis agama, sebaliknya disebabkan perubahan kepimpinan dalam PN.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This