Faizal Azumu, Azmin Ali antara hulubalang PN dalam PRU-15

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) mengumumkan akan bertanding sebanyak 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilhan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Antara nama yang dicalonkan ialah Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang akan bertanding di P.063 Tambun yang mana seorang daripada pencabarnya adalah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi Parlimen P.097 Gombak, seperti dijangka, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertanding untuk mempertahankan kerusi tersebut menentang bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dari PH.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempertahankan kerusi P.134 Pagoh.

Baca lagi: [VIDEO] ‘Semua layak tapi mampukah mereka uruskan negara?’, soal Muhyiddin pada calon-calon PM

Calon Pas, Mohd Ghazali Md Amin akan dipertaruhkan PN untuk menentang Khairy Jamaluddin dari Barisan Nasional (BN) di P.107 Sungai Buloh.

PN turut meletakkan calon baharu yang segar dalam pilihan raya kali ini seperti Nurul Fadzillah Kamaluddin yang akan bertanding di P. 118 Setiawangsa.

Pemangku Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin diumumkan bertanding di kerusi P. 125 Putrajaya.

Bagi kerusi P.131 Rembau, PN meletakkan calon dari Bersatu, Mohd Nazree Mohd Yunus untuk mencabar calon BN, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This