Kanak-kanak memang tidak dapat lari daripada mengenali tiga figura popular ini di laman Youtube. Kepetahan, keletah dan kemewahan yang kerap kali dipaparkan menjadikan mereka idola setiap kanak-kanak yang melihat.
Namun tahukah ibu bapa, pengaruh negatif yang ditunjukkan sebenarnya tidak baik untuk perkembangan anak-anak. Ulas Pengasas Uthman Academy, Mohd Fhais Salim, ibu bapa seharusnya memantau konten hiburan yang diberikan kepada anak-anak dan jauhi tiga pempengaruh media sosial cilik ini untuk menyelamatkan adab anak-anak.
Ikuti perkongsiannya.
“1. Diana & Roma
Eh, menyampah kalau tengok budak dua orang ni. Dia layan mak ayah macam hamba. Apa pun jadi mak ayah kena ikut cakap mereka. Bila tak di ikuti, mereka melawan.
Diana akan buat rolling eye & kadang menjerit terlolong. Roma pula akan hentak hentak kaki & buat perangai tanda protes.
Paling tak bagusnya, mak ayah selalu mengalah bila anak mula buat perangai. Aduhai, ni yang tak best. Makin kuat drama la anak-anak kita kalau follow diorang ni.
2. Ryan World ( dulu ryan toys review )
Hah ni lagi satu. Setiap kali buat video mesti ada je junk food. Keropok la, air gas la. Rancangan ni enjoy tapi tu la terlalu kerap bagi meseg bahawa “junk food” tu okey.
Yang penatnya setiap kali kita ajar anak tak baik makan keropok, gula gula, air gas ni mesti ada jawab. “Ryan tu boleh je makan” huh!
Dah setiap hari tengok dorang makan syok je, krup krap krup krap macam sedap anak-anak pasti teringin punya. Tu sanggup menangis merajuk sebab junk food je.
3. Nastya Show
Paling sakit hati cerita ni la. Ala-ala diva budak ni. Dalam cerita ni dia di layan macam princess, semua permintaan dia akan ditunaikan tanpa ek ok pun.
Sikit pun tak di ajar untuk berusaha, minta tolong dan hormat mak ayahnya. Memang sebiji diva la.
Nak lahirkan anak jadi tuan hah bagi tengok la cerita ni, memang tak ada adab seorang anak langsung..
Banyak lagi ‘bad influencer’ untuk kanak-kanak di YT, mak ayah semua kena lebih berhati-hati.
Mereka semua ni buat konten di sana sebagai sumber pendapatan dorang.
Mereka kaya raya tapi anak-anak kita miskin adab. Ish, ruginya la..
Sayang ‘akhlak’ anak beri la dia platform hiburan yang sihat, selamat & sesuai dengan dia.
Beri anak hiburan tak salah tapi tidak pantau konten hiburan yang anak tengok boleh mendatangkan rasa bersalah seumur hidup.
Saya rekemen Durioo+ sebab videonya semua telah di Screening hanya yang berkualiti & ada nilai nilai murni sahaja khas untuk anak-anak islam.
Last day untuk promosi hari ini, better cuba dulu sebelum promosi tamat.. tekan link di bawah.
https://durioopluspro.onpay.my/order/form/dp01-0109/Kiddo
Kredit : Mohd Fhais Salim

