SEORANG lelaki cedera selepas kenderaan utiliti sukan dirempuh sebiji tayar lori ‘terbang’ di Kilometer 27.2, Lebuhraya Elite, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 2 petang.
.boxes3{height:175px;width:153px;} #n img{max-height:none!important;max-width:none!important;background:none!important} #inst i{max-height:none!important;max-width:none!important;background:none!important}
Beliau berkata, ketika kejadian, pemandu lori berusia 30 tahun dalam perjalanan dari Linggi ke Ipoh.
“Sampai di lokasi kejadian, pemandu lori terdengar bunyi kerosakan pada lori dan memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan.
“Pemandu lori mendapati tayar kiri telah tercabut dan terkena pada sebuah kereta Perodua Aruz,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, akibat kejadian itu, pemandu Perodua Aruz berusia 39 tahun mengalami luka di kepala dan muka.
Baca artikel : Tiga cedera selepas lori rempuh sembilan kenderaan dekat Lebuhraya Elite
Mengulas lanjut, pihaknya telah menerima makluman bahawa pemandu Aruz telah menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan selamat pulang ke rumah di Kundang, Rawang pada pukul 5.30 petang tadi.
Katanya kes kini disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

