Gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki berusia 19 tahun tergamak menumbuk muka ibunya sendiri hanya kerana mangsa tidak mengemas rumah.

Malah suspek juga turut memijak dada ibunya dan bertindak membaling barang serta mengunci pintu rumah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku pada pukul 6 petang di sebuah rumah dekat Sungai Way, Petaling Jaya, Jumaat lalu.

Katanya, mangsa berusia 44 telah membuat laporan mengenai kejadian pada pukul 2.40 petang kelmarin.

“Kejadian berpunca apabila anak mangsa tidak berpuas hati dengan mangsa kerana merasakan mangsa tidak mengemas rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Warga emas lelaki putus ibu jari dipukul anak sendiri di Jertih

Mohamad Fakhruddin berkata, suspek telah ditangkap di Kampung Lindungan, Sungai Way pada 7.30 malam semalam.

“Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu.
“Hasil semakan mendapati suspek turut mempunyai satu rekod lampau jenayah,” ujarnya.

Tambahnya, kejadian tersebut bukan yang pertama kerana suspek pernah memukul ibunya sebelum ini.

Katanya, kes kini disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek direman selama empat hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram