Ada yang gulung tikar, usahawan PMKS sokong cadangan moratorium khas MPN

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

CADANGAN Majlis Pemulihan Negara (MPN) agar Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) diberikan moratorium khas disambut baik ramai usahawan.

Antara yang bersetuju ialah usahawan kosmetik, kicap dan tudung, Patimah Sulai yang tinggal di Kedah.

Jelas Patimah, hal itu kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara bermula 2020 telah memberi kesan yang buruk kepada ramai peniaga, lebih-lebih lagi bagi sektor PMKS.

“Sebagai usahawan kosmetik, kicap dan tudung, saya perlu bergerak ke luar kawasan untuk menghantar stok barangan pelanggan.

“Begitupun, dalam tempoh pemulihan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami mengalami lambakan stok di kedai.

“Perkara ini menyebabkan kami mengalami kerugian besar,” katanya.

Baca lagi: Moratorium khas PMKS dapat kurangkan tekanan

Mengulas lanjut, Patimah berkata, beliau mampu menarik nafas lega apabila kerajaan pada waktu itu memberi bantuan kepada usahawan-usahawan PMKS melalui Geran Khas Prihatin (GKP).

Katanya, GKP yang diberi kerajaan itu secara tidak langsung memberi ruang untuk usahawan PMKS untuk bernafas dalam tekanan ekonomi yang meruncing pada waktu tersebut.

“Walaupun bukan amaun yang besar, ramai usahawan PMKS menarik nafas lega dengan bantuan secara berperingkat ini.

“Kami sangat menyokong sekiranya ada cadangan untuk moratorium khas untuk pengusaha PMKS. 

“Walaupun sudah memasuki fasa endemik, kami masih memerlukan sokongan daripada pihak kerajaan untuk pulih daripada kesan pandemik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This