Banjir di Baling pulih, PPS di Kampung Iboi ditutup

Dari Penulis

Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Surau Ittifaqiah, Kampung Iboi dekat Baling yang menempatkan 46 mangsa daripada 16 keluarga, ditutup pada pukul 1 tengah hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata kesemua mangsa itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, selepas air telah surut sepenuhnya.

“Pengumuman penutupan PPS tersebut yang dibuka pada pukul 8.30 malam tadi, dibuat oleh Pegawai Daerah Baling merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Baling Mohd Shahadan Abdullah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Baca artikel : Kampung Iboi, Baling dilanda banjir lagi

Mohd Faizol berkata bagaimanapun pihaknya akan terus membuat pemantauan situasi semasa secara berkala dua kali sehari, iaitu pada pukul 8 malam dan 2 pagi termasuk memantau paras air Sungai Kupang dalam menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir lagi. 

Setakat berita ini ditulis, beliau berkata keadaan cuaca di daerah Baling mendung.

Semalam, Bernama melaporkan penduduk di Kampung Iboi sekali lagi dikejutkan dengan kejadian banjir kilat, dengan kali ini beberapa buah rumah penduduk dinaiki air kira-kira 7 malam tadi.

Ketua Kampung Iboi Nor Mohamad Che Hussain dipetik sebagai berkata dalam tempoh hampir dua bulan selepas banjir kali ketiga yang melanda kawasan tersebut pada 8 Sept lalu, kini kejadian sama berulang lagi.

— BERNAMA

Saturday , 05 November 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This