Zaman sekarang memang serba mencabar. Jika dahulu pengaruh rakan sebaya dikira faktor terpenting dalam pembentukan akhlak anak-anak, kini serangan datang daripada pelbagai hala, semua kerana semakin maju teknologi dibina.

Segalanya hanya di hujung jari dan cukup murah untuk diakses. Kisah dongeng dan cinta monyet yang dikongsi tanpa ada rasa malu di media sosial, fantasi bak Cinderella yang ditayangkan setiap hari di kaca televisyen dan kurangnya pengisian jiwa dek kerana sibuk kedua ibu bapa mencukupkan segala keperluan yang semakin mahal.

Perkongsian Hazwani Mohd Dah akan kisah seorang pelajar perempuan yang kerap kali mengganggu ibu kepada pelajar lelaki yang diminatinya cukup membimbangkan. Malah tanpa segan silu dia mengakui sanggup melakukan apa sahaja asalkan si dia menjadi miliknya.

Jelas Hazwani, terlalu banyak faktor yang mendorong perilaku sebegitu. Malah ulasnya, naluri dan pemikiran anak-anak telah dipaksa dewasa sebelum usia, sehingga kita sebagai ibu bapa tak tahu nak bermula dari mana.

“Kawan saya, anak lelakinya duduk di asrama. Sekolah anak-anak berprestij.

Baru-baru ni, kawan saya diganggu oleh whatsapp dari nombor yang tak dikenali. Bunyinya lebih kurang begini,

“Auntie. Saya Mia. Saya satu kelas dengan Khalil. Saya suka sangat anak makcik. Saya jatuh cinta dengan dia. Boleh tak saya nak cop dia sebagai boyfriend?”

“Khalil tak layan saya. Saya mesej auntie sebab nak minta restu. Saya tahu Khalil cintakan saya, tapi dia nak study dulu,”

Kawan saya urut dada. Dia mengadu dengan suaminya.

Berani sungguh perempuan zaman sekarang.

Mia kata, dia dapat nombornya dari group kelas ibu bapa. Betul-betul stalker ni. Kemudian, Mia call pula. Kawan saya ofkos lah tak angkat. Beberapa ketika mesej masuk lagi.

“Auntie kenapa tak angkat? Kenapa bluetick je? Auntie setuju tak saya nak cop Khalil? Saya taknak dia jatuh cinta pada perempuan lain. Kalau auntie tak jawab, saya boleh pergi rumah auntie. Alamat auntie xxxxxx kan?”

“Saya sanggup buat apa saja untuk dapatkan Khalil. Apa saja auntie! Dia handsome, saya nak dia jadi imam saya. Suara Khalil azan kat musolla, merdu sangat,”

“Kalau auntie tak reply, saya akan buat sesuatu sampai Khalil jadi milik saya,”

Allahu. Seram, kan. 😱

——-

Ceritanya panjang lagi.

Dan pastilah akhirnya ia telah dipanjangkan kepada kaunselor dan ibu bapa. Rupanya, Khalil & rakan sekelas kata, ketaksuban Mia kepadanya di sekolah juga merisaukan.

Bila direnung semula, terlalu banyak faktor yang mendorong untuk Mia serta ramai lagi anak-anak kita berperilaku begitu.

Antaranya, drama cinta tempatan & luar negara yang penuh adegan yang merangsang serta boleh diakses tanpa batasan, terlalu murah dan mampu dimiliki oleh anak-anak di sekolah menengah,

Juga pengaruh influencer yang berlumba-lumba mempamerkan kemesraan, baik yang bercinta mahupun berumahtangga.

Serta kelompongan susuk yang sentiasa memberi nasihat, pengisian jiwa dan bimbingan kepada mereka.

Naluri & pemikiran anak-anak kita telah dipaksa dewasa sebelum usia, sehingga kita sebagai ibu bapa tak tahu nak bermula dari mana.

Kita tak dapat kawal apa yang mereka explore. Kita tak tahu apa yang mereka telah tahu tentang dunia dewasa ini.

Akhir sekali kata Mia kepada semua,

“Saya diajar sejak kecil oleh mama papa untuk sentiasa bersaing untuk capai apa yang saya nak. Tak kisah walau dalam cara apa pun. Kalau saya nak, saya mesti dapat! Kalau saya dah cinta, saya nak dia je,”

Katanya sambil ketawa & tumbuk meja.

Semua di bilik itu saling berpandangan.

“Walau dalam cara apapun?”

Another story. Another factor.

Didikan & approach ibu bapa. Menyantuni dengan bimbingan EQ dan SQ, syarat unggul memanusiakan manusia dalam jiwa seorang hamba.

Allahu.

Untuk kawan-kawan saya, moga dipermudah urusan membesarkan anak-anak dalam zaman yang amat mencabar ini! Moga dalam bimbingan & kasih sayang Allah.

Saling mendoakan 🤲🏻

Hazwani Mohd Dah

Belum diizinkan jadi emak,

Tapi Allah hadiahkan ramai anak murid ❤️

Jemput follow & akses semua sharing saya di #LumbaKeSyurga ya.”

Kredit : Hazwani Mohd Dah