PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa ibunya, Siti Salmah Bachik,70, disahkan positif Covid-19.

Berita tersebut dikongsi oleh Siti menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

“Balik bilik tengoh telefon, dapat berita mak kena Covid-19. Dapat cakap dengan mak baru lega.

“Mak cuma sakit-sakit badan sikit, batuk tak teruk.

“Alhamdulillah…Ya Allah jagakan wali keramat saya. Doakan mak Salmah segera sembuh. Mak kuat!,” tulisnya.

Siti baharu sahaja selesai menjayakan persembahan di Music Of The Soul: An Evening With Datuk Seri Siti Nurhaliza x Datuk Awie di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center, malam tadi.

Siti mempersembahkan 18 buah lagu termasuklah Nian Di Hati, Diari Hatimu, Anta Permana, Aku Bidadari Syurgamu.

Manakala, Siti turut berduet bersama Datuk Awie menerusi lagu Pantun Budi dan Baldu Biru.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram