Tawaran PN BEST manifesto yang boleh dilaksanakan, janji Muhyiddin

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, manifesto Tawaran ‘Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang’ atau PN BEST yang dihasilkan untuk rakyat sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) boleh dilaksanakan.

Muhyiddin berkata, ia berdasarkan pengalaman PN pernah mentadbir negara ketika berdepan dengan situasi terburuk dalam sejarah iaitu permulaan penularan wabak pandemik COVID-19.

Katanya, sebagai satu komitmen, Jawatankuasa Khas akan dibentuk bagi memantau segala pelaksanaan inisiatif dan program yang terkandung di dalam Tawaran PN BEST.

Jelasnya, jawatankuasa itu terdiri daripada kalangan profesional dan pakar terpilih dalam usaha memaksimumkan pencapaian manifesto tersebut.

“Saya ingin tegaskan bahawa Tawaran Perikatan Nasional ini adalah tawaran yang boleh dilaksanakan.

“Dengan pengalaman yang ada sebagai kerajaan, kami yakin bahawa kesemua tawaran ini dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan dengan sokongan semua penjawat awam, agensi-agensi kerajaan, GLC dan pihak swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Tawaran PN BEST, malam ini.

Muhyiddin berkata, Tawaran PN BEST memberi perhatian kepada keperluan utama rakyat iaitu menyentuh soal ‘bread and butter’ atau denyut nadi mereka yang sangat memerlukan.

Katanya, ini adalah perkara pokok yang akan diberikan perhatian utama oleh Perikatan Nasional (PN) sekiranya mendapat mandat daripada rakyat kelak.

“Di peringkat awal penggubalan tawaran ini, saya telah memberi mandat kepada Jawatankuasa Tawaran supaya terlebih dahulu meneliti apakah keperluan-keperluan utama rakyat.

“Melalui kajian-kajian yang saya sendiri teliti, keperluan utama rakyat…seperti kos sara hidup, pekerjaan, pendapatan, masalah inflasi, kenaikan harga barang dan lain-lain yang berkaitan.

“Mesyuarat Kabinet pertama kerajaan Perikatan Nasional akan membincangkan cara-cara untuk menangani masalah kos sara hidup rakyat yang kian meningkat disebabkan oleh masalah inflasi dan kenaikan harga barang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nafuzi Zain kembali kendali Terengganu FC

BEKAS jurulatih bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Mohd Nafuzi Mohd Zain atau Nafuzi Zain kembali semula menerajui Terengganu FC...

More Articles Like This