Polis nafi potong barisan cuci kereta dekat Pantai Dalam

Dari Penulis

POLIS menafikan sebuah kereta peronda miliknya (MPV) telah memotong barisan sewaktu mencuci kenderaan dekat kawasan Pantai Dalam, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya telah mengesan sebuah ciapan tular berbunyi “nak tanya sikit polis basuh kereta memang takyah beratur ke? Boleh potong semua orang yang tengah tunggu turn? pada 12.46 tengah hari tadi.

Beliau berkata, siasatan mendapati kenderaan terbabit dinaiki anggota Balai Polis Pantai dan telah ke kedai tersebut untuk mencuci kereta kerana kotor.

“Sampai di lokasi, anggota bertugas telah meletakkan kereta di bahagian belakang kedai dan menunggu giliran.

“Anggota terbabit tidak memotong barisan, sebaliknya pekerja kedai tersebut yang menyuruh kereta peronda polis masuk dahulu untuk dibasuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Video tular: Kenderaan Exco Johor disaman potong barisan

Jelasnya, setelah selesai dibasuh, anggota tersebut membayar dan beredar untuk meneruskan tugasan rondaan.

Amihizam berkata, pihaknya tidak bersekongkol dengan pihak yang melakukan kesalahan dan mereka yang bersalah akan diambil tindakan tegas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi umum keluar parti, dakwa UMNO Johor ‘dikawal istana’

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar parti itu serta-merta. Dakwa beliau, alasan utama...

More Articles Like This