SEORANG pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan di hadapan Eko Cheras Mall, Jalan Cheras, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 2.45 pagi.

Beliau berkata, kemalangan berlaku sewaktu mangsa seorang ejen hartanah melintas jalan.

“Mangsa berusia 52 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Pejalan kaki maut dilanggar lori tangki dekat Karak

Jelasnya, kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Nor Izlan Mohd Rafiee di talian 010-2707997.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram