Model terkenal Perancis, Marine El Himer peluk Islam

Dari Penulis

Bintang dan model terkenal Perancis, Marine El Himer mengumumkan dirinya sudah memeluk agama Islam dan berkongsi berita gembira ini menerusi laman Instagram miliknya.

Muatnaik terbaharu turut memaparkan Marine bergambar di hadapan Kaabah dengan berjubah putih. Model jelita ini turut berkongsi video saat penghijrahannya mengucapkan syahadah di hadapan imam sebuah masjid dengan lengkap bertudung dan berjubah hitam.

Video di sini.

Menurut Marine, jalan penghijrahannya ini adalah satu detik baharu buat dirinya.

“Terdapat jalan yang perlu anda lalui bersendirian. Tiada kawan, tiada keluarga, tiada pasangan. Hanya kamu dan Allah.

“Sebahagian daripada anda mengetahuinya tapi masih ramai yang bertanya soalan (tentang penghijrahan ini.

“Walaupun saya berasa terpelihara setelah setelah berhijrah, saya tidak pernah mengisytiharkannya secara rasmi bahawa saya sudah memeluk Islam beberapa bulan yang lalu,” ulasnya.

Kongsinya, dia berharap agar penghijrahan yang dilalui ini akan sentiasa membawanya kepada Yang Maha Kuasa dan dia turut menghargai sokongan peminat atas keputusannya.

“Perjalanan rohani yang saya harap akan terus mendorong dan membimbing saya, In shaa Allah.

“Saya tidak dapat mengucapkan terima kasih yang cukup atas sokongan dan kebaikan anda yang berharga. Terima kasih sangat-sangat kepada anda semua,” tulis Marine.

Marine dilahirkan pada Julai 1993 di Bordeaux, selatan Perancis, berketurunan Maghribi-Mesir dan mempunyai saudara kembar bernama Oceane El Himer.

Kredit : Instagram Marine El Himer


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This