Tangkap layar rakaman memaparkan aksi dua suspek melakukan jenayah samun di sebuah klinik gigi.

POLIS memburu dua lelaki yang bertindak menyamun bersenjatakan parang di sebuah klinik pergigian dekat Bandar Seri Putra, Bangi, 1 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, menerusi klip rakaman kamera litar tertutup, suspek dipercayai berbangsa Melayu telah masuk ke dalam klinik dan merompak pekerja serta pelanggan yang berada di tempat kejadian.

.boxes3{height:175px;width:153px;} #n img{max-height:none!important;max-width:none!important;background:none!important} #inst i{max-height:none!important;max-width:none!important;background:none!important}

Beliau berkata, suspek telah melarikan sebuah MacBook, dua buah telefon bimbit, wang tunai RM2,000 dan seutas rantai emas.

“Kesemua mangsa yang berada di dalam premis tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Polis sahkan 2 kejadian samun bersenjata guna Proton Waja kelabu

Jelasnya, kes kini disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan merompak secara berkumpulan dengan menggunakan senjata.

Zaid berkata, beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian menghubungi balai polis berdekatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram