Empat lelaki samun kedai emas, larikan 15kg emas bernilai RM9.7 juta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS sedang memburu empat lelaki yang telah menyamun sebuah kedai emas di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian tersebut turut tular di media sosial sejak tengah hari tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan, empat lelaki tersebut yang bersenjatakan dua pucuk pistol telah bertindak mengacukan senjata api tersebut sebelum melarikan barang kemas dalam premis tersebut.

Menurut Fadil, suspek telah melarikan 21 dulang emas dengan anggaran berat kira-kira 15 kilogram (kg) bernilai lebih kurang RM9.7 juta.

“Pihak polis telah menerima panggilan berhubung kejadian samun bersenjataapi pada pukul 11 pagi di sebuah kedai emas di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.

“Kesemua suspek itu turut melarikan selaras senapang patah bersama sebutir peluru milik pengawal keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Fadil berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dengan kes tersebut masih dalam siasatan.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi talian Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular rakaman CCTV memaparkan sekumpulan penjenayah bersenjata melakukan rompakan di sebuah kedai emas di Sentral Suites, Brickfields hari ini, dengan menyerang seorang pengawal keselamatan sebelum melarikan sejumlah barangan berharga dalam tempoh beberapa minit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This